Words Matter: Teladan Tragedi Kes Johnny Depp vs Amber Heard

Thanks! Share it with your friends!

You disliked this video. Thanks for the feedback!

Added by
75 Views
Hari ini, berkemungkinan juri akan menghasilkan keputusan kes perbicaraan JD vs AH. Saya mengikut rapat perbicaraan ini semenjak 6-7 minggu lalu, bukan sebagai gosip artis murahan. Sebaliknya kes ini adalah contoh penting keracunan sosial yang menguasai kehidupan semasa kita.

WORD MATTERS

Perkataan banyak menghantar manusia ke Neraka. Itu kata Nabi Muhammad ﷺ . Masyarakat semakin tidak mengendahkan nilai, makna, impak dan akibat perkataan hingga bercakap dan menulis sesuka hati.

Lupa ada perkataan yang syurga. Ada perkataan yang neraka lagi binasa.

PENDERA ITU SESIAPA SAHAJA

Rendah atau tinggi pendidikan, kaya atau miskin, bandar atau kampung, setinggan atau kondo mewah, beragama atau tidak, lelaki atau perempuan, semua berisiko jadi pendera. Baik mendera orang dewasa, mahu pun kanak-kanak.

Kenali tandanya melangkaui entiti

The Red Pill (2017) yang saya tonton pada tahun 2018 menjadi dokumentari penting membuktikan kesesatan era ini, bahawa feminisme berubah daripada membela perempuan agar lelaki dan perempuan bersama adil dan diadili, bertukar menjadikan keperempuanan sebagai privilege.

DEFISIT MALU

Semua nabi berpesan, jika tiada lagi malu, buatlah apa sahaja sesuka hatimu.

Manusia yang hilang malu, menipu tanpa batas, membodohkan diri sendiri tanpa segan (safīh), menipu di mahkamah tanpa bimbang, menghancurkan hidup orang lain, demi kepuasan nafsu sendiri

SYAITAN BOLEH TERPEGUN

Al-Maududi pernah mencatat, manusia apabila menurut kehendak nafsunya sendiri, mampu melakukan kejahatan sampai ke tahap syaitan terpegun.

Akal asalnya alat kebaikan. Bertukar menjadi aset menaik taraf kejahatan luar biasa.

Kejahatan tanpa sempadan itu lebih malang apabila ia lahir daripada penyakit mental, namun pelakunya sukar dipandang sebagai orang sakit yang memerlukan rawatan apabila kejahatannya lahir secara pilihan dan sedar, menghancurkan sekeliling.

Pesakit mental menjadi sukar dibantu.

Mungkin ramai suami yang perit menyaksikan bagaimana AH memanipulasi keperempuanan dirinya untuk menyeksa JD, menggunakan ‘cinta’.

Beliau beralasan berkelakuan sedemikian sebagai ‘just being human’ dan menuduh JD menafikan haknya sebagai manusia apabila JD melawan.

KEIBUBAPAAN

Anak-anak melihat perbicaraan ini melalui Tik Tok, Youtube dan pelbagai platform media sosial mereka. Kita boleh mengambil tanggungjawab menjernihkan 'consumption' maklumat mereka agar ada nilai pembelajaran, bukan bahan hiburan semata-mata/

Saya berbual mengenai kes ini dengan anak-anak, seputar kepentingan meneladani isu ‘words matter’. Lihat bagaimana peguam-peguam cekap mendengar lalu mengesan perbezaan di antara fakta dengan 'hearsay', corak-corak perkataan yang memberi indikasi niat peguam bertanya atau saksi menjawab, mana yang boleh diterima, mana yang tidak, dan sebagainya.

Agama Islam kita mengajar bahawa words matter. Istilah kena betul. Lihat Allah betulkan penggunaan istilah (انْظُرْنَا) bagi menggantikan istilah (رَاعِنَا) yang telah dirosakkan oleh musuh ketika itu. Islam juga mengajar bagaimana ketakwaan kepada Allah menuntut kita semasa bercakap, hendaklah bercakap dengan percakapan yang mengempang seperti empangan (قَوْلًا سَدِيْدًا).

Saya berkongsi pengalaman bagaimana semasa di Tingkatan 6, saya belajar subjek Mantiq. Antara yang kami belajar ialah kaedah mentakrifkan sesuatu. Takrif mesti bersifat (جامع) dan (مانع).

Jāmī' bermaksud takrif mestilah menghimpunkan semua unsur yang perlu terhimpun di dalam takrif berkenaan tanpa mencicirkan apa-apa.

Manakala Mānī' pula bermaksud takrif mestilah menghalang semua unsur yang tidak berkenaan daripada termasuk ke dalam takrif tersebut.

Lihat misalnya perkataan PENSEL.

Apa itu pensel?

Puas anak-anak cuba membentuk ayat untuk pastikan pensel mencakupi semua jenis pensel, tidak termasuk di dalamnya pen atau mesin taip. Ia menunjukkan bagaimana perkataan itu bukan bunyi-bunyian tanpa makna dan nilai. Ia ada makna, dan makna itu perlu diguna dengan betul kerana setiap perkataan yang kita cakap atau tulis, sama ada jadi kebaikan, atau kejahatan, pahala, atau dosa, membawa ke Syurga, atau menghantar ke Neraka.

Sebagai pelajar, akal mereka perlu diasah untuk memahami nilai dan kesan perkataan dalam hidup mereka. Jangan sesuka hati guna istilah-istilah besar dan berat, tanpa faham atau peduli kepada akibatnya.

F word kalian bukan sekadar word filler, walaupun ia digunakan secara bebas oleh jutaan manusia sekeliling.

Demikian juga istilah-istilah kesihatan mental seperti OCD, PTSD, depression dan lain-lain bukan istilah percuma untuk mengungkap perasaan-perasaan harian. Suka-suka sahaja menggunakannya apabila perasaan tidak positif. Apatah lagi semasa sengaja berdegil menolak nasihat pencegahan yang ibu bapa dan guru beri lagi pandukan.

Saya bukan 'team JD' atau 'team AH', bukan juga 'team lelaki' atau 'team perempuan'. Kita mesti berusaha untuk berpihak kepada apa yang benar, berpandukan cara mengenal kebenaran yang diajar oleh Tuhan.

Hasrizal Abdul Jamil
Naas, Ireland
Category
Johnny Cash
Commenting disabled.